Peluru berpandu Korea Utara cetus amaran di Jepun

Jepun mengeluarkan amaran di tiga wilayah utara iaitu di Miyagi, Yamagata dan Niigata berhubung ujian peluru berpandu terbabit. -Foto: EPA
Jepun mengeluarkan amaran di tiga wilayah utara iaitu di Miyagi, Yamagata dan Niigata berhubung ujian peluru berpandu terbabit. -Foto: EPA
A
A
A
SEOUL - Korea Utara didakwa menembak beberapa peluru berpandu merentasi ruang udara Jepun pada Khamis.

Tentera Korea Selatan memaklumkan mengesan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu balistik ditembak ke arah laut di timur.

Siri terbaru ujian senjata yang jatuh di Laut Pasifik itu telah menyebabkan amaran dikeluarkan di tiga wilayah utara Jepun iaitu di utara Miyagi, Yamagata and Niigata.

Pelancaran itu dilakukan sehari selepas Korea Utara lancar lebih 20 peluru berpandu pelbagai jenis, termasuk satu yang mendarat berhampiran sebuah pulau berpenduduk di perairan Korea Selatan.
Artikel Berkaitan: