Korea Utara lancar peluru berpandu balistik

Orang ramai melihat pelancaran peluru berpandu balistik semasa rancangan berita di Stesen Keretapi Seoul, Korea Selatan pada Selasa. - Foto AP
Orang ramai melihat pelancaran peluru berpandu balistik semasa rancangan berita di Stesen Keretapi Seoul, Korea Selatan pada Selasa. - Foto AP
A
A
A

KOREA Utara dilaporkan melancarkan peluru berpandu balistik di tenggara perairannya.

Menurut tentera Korea Selatan, pelancaran itu berlaku sebaik sahaja kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) tiba di pulau Jeju.

Kapal selam dikenali sebagai USS Annapolis memasuki pangkalan tentera di pulau Jeju, untuk mengisi bekalan ketenteraan.

Ia dilaporkan dalam misi yang tidak didedahkan.

Ketibaan USS Annapolis ini menyusul beberapa hari selepas satu lagi kapal selam nuklear AS, USS Kentucky mendarat buat pertama kalinya di Korea Selatan selepas empat dekad.

Perkembangan ini berlaku ketika kedua-dua sekutu ini sedang meningkatkan aset strategik untuk berdepan ancaman Korea Utara.

Kali terakhir USS Kentucky berlabuh di Korea Selatan adalah pada 1980-an.

Susulan itu, Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik susulan pada 19 Julai diikuti pada 22 Julai. - Awani