3,967 kes baharu Covid-19, dua kematian

Dua kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan. - Foto 123RF
Dua kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,967 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,480 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 33,018 kes dengan 31,458 atau 95.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,497 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 63 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 47 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 2,696 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,840,348 kes.

Artikel Berkaitan: