Setiausaha Politik ganti Tok Pa di Jeli

Zahari Kechik
Zahari Kechik
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa iaitu Zahari Kechik diumumkan sebagai calon Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Zahari yang merupakan adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik itu akan bertanding menggunakan simbol bulan mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi PN.

Tok Pa menerusi satu kenyataan mengesahkan beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu atas faktor kesihatan.

Tok Pa memenangi Parlimen Jeli atas tiket BN sejak tahun 1995 dan mempertahankan kerusi berkenaan selama enam penggal berturut-turut.

Beliau juga merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dengan mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada 2004 dan 2013.

Artikel Berkaitan: