PRU15: Tok Pa tidak pertahan Parlimen Jeli?

Mustapa
Mustapa
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas enam penggal menjadi Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dikatakan tidak akan mempertahankan kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa dikatakan mengambil keputusan itu disebabkan faktor kesihatan dan merasakan sudah terlalu lama di Jeli seterusnya ingin memberi laluan kepada muka baharu.

Sinar Harian difahamkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Perikatan Nasional (PN) bakal menampilkan Setiausaha Politik Tok Pa iaitu Zahari Kechik sebagai calon Parlimen tersebut.

Zahari juga merupakan adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik.

Sebagai rekod, Tok Pa memenangi Parlimen Jeli atas tiket BN sejak tahun 1995 dan mempertahankan kerusi berkenaan selama enam penggal berturut-turut.

Tok Pa juga merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dengan mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada 2004 dan 2013.

Artikel Berkaitan: