Ahmad Zahid nafi calon PRU15 tanda tangan surat sokongan

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diminta untuk menandatangani surat menyokong beliau dengan memberinya mandat untuk membentuk Kabinet, sekiranya UMNO dan BN memenangi pilihan raya.



"Itu tipu,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Isnin.



Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN, enggan mengulas mengenai spekulasi mengenai penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang akan digugurkan sebagai calon BN bagi parlimen itu.

"Tunggulah pengumuman malam ini (Selasa) kalau nak penjelasan mengenai spekulasi itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kes bela dirinya di Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Shahidan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa, Bilik Gerakan BN Arau ditutup malam Isnin sebelum PRU15.
Artikel Berkaitan:


"Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup dan bendera diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” katanya dalam hantaran itu.

Media sebelum ini melaporkan desas desus bahawa nama Shahidan dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin, tidak tersenarai sebagai calon pada PRU15. - Bernama