Bintulu dilanda banjir, lima kampung terjejas

Penduduk yang terjejas adalah dari Kampung Kemunting, Kampung Assyakirin, Desa Damai, Kampung Baru dan Bukit Orang. - Foto: JBPN Sarawak
Penduduk yang terjejas adalah dari Kampung Kemunting, Kampung Assyakirin, Desa Damai, Kampung Baru dan Bukit Orang. - Foto: JBPN Sarawak
A
A
A
KUCHING - Seramai 77 orang daripada 25 keluarga dari lima buah kampung di Bintulu, kira-kira 620 kilometer (km) ke utara, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu selepas kediaman mereka dinaiki air.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, penduduk yang terjejas adalah dari Kampung Kemunting, Kampung Assyakirin, Desa Damai, Kampung Baru dan Bukit Orang.

"Kawasan mula dinaiki air kira-kira jam 8 malam akibat hujan yang berterusan sejak malam semalam sehingga pagi.

"Susulan itu, PPS dibuka pada jam 12.54 malam bagi menempatkan mereka yang terjejas," menurut kenyataan itu.

JPBN turut memaklumkan beberapa kawasan lain berisiko banjir di Bintulu serta Sibu juga dalam pemantauan. - Bernama
Artikel Berkaitan: