UMNO Shah Alam sokong Isham Jalil calon PRU15

Azhari dan Isham Jalil
Azhari dan Isham Jalil
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Bahagian Shah Alam bersedia dan berlapang dada sekiranya pucuk pimpinan parti itu meletakkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil untuk bertanding di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata, setakat ini tiada sebarang bantahan daripada 85 cawangan dari bahagian itu mengenai 'khabar angin' Isham dicalonkan di Parlimen Shah Alam.

"Walaupun kita ada beberapa cadangan nama termasuk daripada UMNO bahagian sendiri, namun kita berjiwa besar dan berlapang dada apabila pucuk pimpinan membuat keputusan untuk meletakkan calon 'heavyweight' untuk bertanding di Parlimen Shah Alam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Azhari berkata, kehadiran Isham dijangka dapat memberi saingan kepada calon parti lawan selain mampu mendekati pengundi yang terdiri dalam kalangan semua peringkat golongan.

"Kita di Shah Alam ini berada di kawasan bandar dan majoriti penduduk Melayu di sini mempunyai fikiran ke hadapan terutama dalam soal pendidikan dan kerjaya.

"Meletakkan seseorang individu berkelayakan dengan pandangan berfakta serta mempunyai hujan bernas menunjukkan seorang calon ini disegani dan sangat berkaliber," katanya.

Ditanya adakah beliau yakin Isham menjadi taruhan BN di Parlimen Shah Alam pada PRU15 ini, katanya, segalanya akan diketahui pada malam Selasa.

"Saya menjangkakan peluang Isham bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam 95 peratus dan kena tunggu pengumuman pada malam ini," katanya.

Artikel Berkaitan: