Honor, Touch 'n Go tawar hadiah menarik

Honor bekerjasama dengan Touch n Go telah menawarkan hadiah menarik menerusi pelancaran Set Hadiah Edisi Terhad Honor 70 X Touch n Go.
Honor bekerjasama dengan Touch n Go telah menawarkan hadiah menarik menerusi pelancaran Set Hadiah Edisi Terhad Honor 70 X Touch n Go.
A
A
A

HONOR Malaysia (Honor) bekerjasama dengan Touch n' Go telah menawarkan hadiah menarik menerusi pelancaran Set Hadiah Edisi Terhad Honor 70 X Touch 'n Go yang disertakan dengan beberapa hadiah percuma pada harga asal RM1,999 sahaja, baru-baru ini.

Honor dalam satu kenyataan berkata, set hadiah itu mengandungi Kad Edisi Khas NFC Touch 'n Go,RFID, sarung Honor 70, Honor Band 6 dan lanjutan waranti setahun.

“Tawaran hadiah lima dalam satu ini sangat berbaloi dan dipasarkan di seluruh negara bermula 28 Oktober lepas.

“Kerjasama Honor Malaysia dengan jenama tempatan Touch 'n Go merupakan yang pertama selepas bergelar syarikat bebas, sekali gus memacu langkah Honor mengukuhkan jenamanya di negara ini,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, warna baharu Honor 70 iaitu Icelandic Frost diilhamkan daripada fenomena Aurora di Iceland yang terdiri daripada gradien biru dan merah jambu yang berubah-ubah apabila dipandang dari pelbagai sudut berbeza.

“Keunikkan ini menjadikan Honor 70 telefon pintar yang elegan dan estetik. Miliki Honor 70 dalam warna Icelandic Frost pada harga hanya RM1,999 dan membawa pulang set hadiah terdiri daripada Kad NFC Touch 'n Go, RFID, sarung Honor 70 dan Honor Band 6 dan waranti lanjutan 1 1 tahun.

Honor 70 dalam warna Icelandic Frost boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi Honor, premis Honor, pengedar sah terpilih dan Shopee serta Lazada.

Artikel Berkaitan: