Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir

Muhyiddin, Dr Mahathir
Muhyiddin, Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Muhyiddin berkata, beliau menyambut baik kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang bersedia bekerjasama dengannya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

"Saya sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

"Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara," katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Pada Khamis, Dr Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Media melaporkan, Tun M mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Media melaporkan, Tun M mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

Parti Bersatu pimpinan Muhyiddin ditubuhkan pada 2016 selepas beliau dan beberapa pemimpin UMNO dipecat daripada parti itu kerana secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penubuhan Bersatu dilakukan bersama Dr Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dua tahun kemudian, Dr Mahathir bagaimanapun dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin