Pengurusan komitmen lebih baik, BSN tawar bonus khas untuk cikgu!

TUGAS seorang guru bukan sekadar mendidik dan membimbing anak bangsa, malah turut menuntut kebijaksanaan dalam mengurus kewangan bagi memenuhi pelbagai keperluan kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, guru juga menjadi contoh teladan kepada anak murid dalam membuat pilihan bijak dalam pengurusan kewangan.
Dengan tanggungjawab terhadap keluarga, pendidikan anak-anak, kediaman dan perbelanjaan bulanan, sebahagian warga pendidik mungkin mempunyai beberapa komitmen kewangan yang perlu diuruskan secara serentak.
Ada yang perlu melunaskan ansuran pembiayaan peribadi, kenderaan dan rumah, selain komitmen lain yang melibatkan institusi kewangan berbeza.
Keadaan ini memerlukan perancangan teliti bagi memastikan setiap pembayaran dibuat mengikut jadual tanpa menjejaskan aliran tunai bulanan.
Justeru, penyatuan komitmen kewangan atau debt consolidation boleh dipertimbangkan sebagai salah satu pendekatan untuk membantu guru menyusun semula komitmen kewangan sedia ada dengan lebih sistematik.
Menerusi kaedah itu, beberapa komitmen pembiayaan berpotensi disatukan di bawah satu institusi perbankan, tertakluk kepada kelayakan dan penilaian kredit.
Pendekatan berkenaan bukan sahaja memudahkan urusan pemantauan pembayaran, malah membolehkan pelanggan melihat kedudukan kewangan dengan lebih jelas, sekali gus merancang perbelanjaan bulanan secara lebih teratur.
BSN hargai sumbangan warga pendidik
Sebagai institusi perbankan tempatan yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun berkhidmat kepada rakyat Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) terus menyediakan penyelesaian kewangan yang mengambil kira keperluan pelbagai segmen pelanggan.
Bagi menghargai sumbangan warga pendidik, BSN memperkenalkan Kempen Bonus Setahun Untuk Cikgu yang berlangsung dari 2 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Kempen ini memberi peluang kepada guru dibawah Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) yang memenuhi syarat kelayakan untuk menikmati ganjaran istimewa berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan. Permohonan pembiayaan boleh dibuat secara dalam talian atau kunjungi cawangan BSN terdekat.
Pada masa yang sama, Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit-i SKAP turut menawarkan pilihan pembiayaan yang boleh dipertimbangkan oleh warga pendidik bagi membantu menyusun komitmen kewangan sedia ada mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Melalui perancangan yang bersesuaian, penyatuan pembiayaan boleh membantu memudahkan pengurusan bayaran bulanan, terutama bagi individu yang sebelum ini perlu memantau beberapa ansuran daripada institusi-institusi kewangan yang berlainan.
Disiplin pembayaran bantu bina rekod kredit positif
Selain memudahkan pengurusan komitmen, penyusunan semula pembiayaan juga boleh menjadi langkah untuk membentuk disiplin kewangan yang lebih baik.
Bagi guru dan golongan bekerja, rekod pembayaran yang konsisten serta mengikut jadual merupakan antara aspek penting dalam membina sejarah kredit yang positif.
Apabila komitmen kewangan lebih mudah dipantau, pelanggan dapat merancang pembayaran mengikut tarikh ditetapkan, mengurangkan risiko tunggakan dan mengurus perbelanjaan berdasarkan kemampuan sebenar.

Bagaimanapun, penyatuan pembiayaan tidak menjamin peningkatan skor atau rekod kredit secara automatik kerana ia tetap bergantung kepada disiplin pembayaran dan pengurusan kewangan individu.
Sehubungan itu, pelanggan disarankan menilai baki pembiayaan sedia ada, kadar keuntungan, tempoh pembayaran dan jumlah keseluruhan bayaran sebelum membuat Keputusan untuk menyatukan pembiayaan..
Langkah tersebut penting bagi memastikan penyatuan komitmen benar-benar bersesuaian dengan kemampuan kewangan serta tidak menambah beban dalam jangka panjang.
Pilihan pembiayaan untuk penjawat awam
Selain warga pendidik, BSN turut menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada penjawat awam, dan pekerja sektor kerajaan yang memenuhi kriteria kelayakan produk berkaitan.
BSN turut menawarkan pilihan tempoh pembiayaan yang fleksibel bergantung kepada produk, manakala pembayaran melalui potongan gaji atau arahan tetap (standing instruction) boleh disediakan mengikut jenis pembiayaan.

Kemudahan berkenaan memberi pilihan kepada pelanggan untuk merancang pembayaran secara lebih konsisten, selain memudahkan pemantauan komitmen kewangan di bawah satu institusi perbankan.
Pendekatan itu juga membolehkan golongan bekerja menilai semula struktur kewangan masing-masing dan memilih penyelesaian pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan serta kemampuan.
Hakikatnya, pengurusan kewangan yang baik bukan sekadar bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan, tetapi turut memerlukan disiplin menyusun komitmen, mengawal perbelanjaan dan memastikan setiap pembayaran dibuat mengikut kemampuan.
Buat warga pendidik khususnya, penyusunan semula komitmen kewangan boleh menjadi langkah ke arah pengurusan kewangan yang lebih teratur, sekali gus memberi mereka ruang untuk terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab mendidik dan membimbing generasi masa depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
