PH masih runding calon Parlimen Langkawi

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

ALOR SETAR - Rundingan masih dilakukan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan calon terbaik di kerusi Parlimen Langkawi.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, kerusi tunggal di Kedah yang masih belum diumumkan calon itu akan diputuskan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang bakal dinamakan sebagai calon di kerusi panas tersebut adalah tertakluk kepada keputusan mutlak Majlis Presiden PH kelak.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ada memaklumkan perkara itu dalam perbincangan, apa pun kita serahkan kepada keputusan Pusat sepenuhnya untuk dimuktamadkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Pengerusi PKR Kedah itu tegaskan, parti tersebut masih terikat dengan keputusan awal PH yang menetapkan Parlimen Langkawi diserahkan kepada calon dari Parti Amanah Negara (Amanah) untuk ditandingi.

“Sekali lagi saya katakan, kita terikat dengan keputusan PH,” katanya ketika diminta mengulas sama ada PKR bersedia meletakkan calon di kerusi berkenaan.

Pada Sabtu, PH Kedah mengumumkan senarai 14 calon Parlimen dengan mempertaruhkan empat calon dari Amanah dan satu diwakili DAP untuk berentap dalam PRU15, selain sembilan kerusi diwakili PKR telah diumumkan pada Jumaat.

Namun calon bagi kerusi Parlimen Langkawi tidak diumumkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Sumber memberitahu, PH masih gagal memuktamadkan calon terbaik untuk menandingi ketokohan penyandang kerusi tersebut, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

PH memerlukan seorang calon yang setaraf Dr Mahathir untuk merebut undi di kerusi berkenaan selain berhadapan dengan seorang lagi pencabar yang tidak kurang hebatnya yang disebut-sebut akan mewakili UMNO, iaitu bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Armishah Siraj.

Turut bertiup kencang antara calon yang dicanang bakal memeriahkan saingan di Langkawi ialah, Pengerusi Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak), Datuk Ezam Mohd Nor yang juga bekas Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.