Nurul Izzah nafi dakwaan bakal bertanding PRN Pulau Pinang

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan laporan media bahawa dirinya bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Sebaliknya, beliau tetap komited dalam melaksanakan tanggungjawab sedia ada sebagai ketua bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Kementerian Kewangan yang diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

"Tidak benar (dakwaan akan bertanding PRN Pulau Pinang).

"Saya menggesa media untuk bertanggungjawab dalam laporan dan tidak memberikan kepercayaan kepada dakwaan yang tidak berasas,"katanya menerusi ciapan Twitter pada Rabu.



Beliau turut memuat naik keratan laporan portal berita berkenaan dengan tanda pagar #TakPastiJanganKongsi.

Sumber portal berita berkenaan mendakwa Nurul Izzah bakal bertanding dalam PRN Pulau Pinang sekaligus ditawarkan portfolio penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Penyertaan Nurul Izzah dikatakan mampu meningkatkan peluang parti tersebut mengekalkan kerusi DUN dan membantu mendapatkan undi wanita di kawasan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!