Malaysia miliki trek karpet kawalan radio pertama Asia Tenggara

Trek karpet kawalan radio dalaman milik RC Raceway.
Trek karpet kawalan radio dalaman milik RC Raceway.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia buat julung kalinya merupakan negara pertama di Asia Tenggara mempunyai trek karpet kawalan radio dalaman di samping trek 'off road' karpet berserta sebuah kedai hobi bersebelahan dengannya.

RC Raceway dalam satu kenyataan memaklumkan, trek berkenaan telah memenuhi piawaian litar lumba antarabangsa termasuklah mempunyai kemudahan lain.

Menurutnya, kemudahan tersebut adalah seperti meja pit dengan kemudahan pengecasan dan tempat duduk bagi mereka yang mengendalikan kereta kawalan jauh atau kawalan radio berkenaan.

"Trek kereta kawalan jauh dalaman adalah cara terbaik bagi menikmati penggunaannya dalam sebarang keadaan cuaca dan tempat terbaik bagi peminat hobi ini untuk berkumpul," katanya.

Tambah RC Raceway, bermain dengan kereta kawalan jauh membantu membangunkan kecerdasan, kemahiran kesedaran dan meningkatkan ketangkasan kanak-kanak atau pemainnya.

Adrian Yew
Adrian Yew

Dalam pada itu, pengurus besar RC Raceway, Adrian Yew berkata, perlumbaan adalah salah satu aspek kereta kawalan jauh yang diharapkan oleh setiap pemilik.

"Ia merupakan satu aktiviti dinantikan oleh kebanyakan pemilik kali pertama kerana ini adalah peluang untuk menguji kereta kawalan jauh anda sehingga ke hadnya bersama dengan kereta lain," katanya.

Artikel Berkaitan: