Ridhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000

Hantaran Facebook Ridhuan Tee pada Isnin.
Hantaran Facebook Ridhuan Tee pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan keistimewaan yang didakwa diberikan kepada sebuah dewan perhimpunan susulan pengurangan ketara premium tanah bagi premis berkenaan daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000.

Beliau mendakwa, premium tanah bagi dewan berkenaan dikurangkan secara mendadak, selain diberikan tempoh pajakan selama 99 tahun.

"Belum pun ada pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dewan ultra kiasu dah dapat macam-macam. Premium tanah turun kepada RM1,000 daripada RM4.67 juta. Pajakan 99 tahun lagi.

"Bayangkan jika ada pilihan raya PBT di Kuala Lumpur, mereka kuasai bandar. Haram tangan kita undi mereka," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan perkara itu, namun ia dipercayai ada kaitan keputusan pengurangan kadar premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada anggaran RM4.67 juta kepada RM1,000.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Profesor Emeritus, Datuk Dr Teo Kok Seong menyifatkan pengurangan kadar premium tanah berkenaan sebagai tindakan mengejutkan dan tidak munasabah.

Beliau berkata, keputusan itu bukan sahaja mengejutkan kerana dibuat dalam tempoh singkat selepas berlaku perubahan kepimpinan buat kali pertama dalam portfolio berkenaan, malah kadar pengurangan yang terlalu besar juga tidak masuk akal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!