3,186 kes baharu Covid-19, satu kematian

Malaysia mencatatkan 3,186 kes baharu Covid-19 pada Sabtu. - Foto fail Bernama
Malaysia mencatatkan 3,186 kes baharu Covid-19 pada Sabtu. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,186 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,464 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 30,702 kes dengan 29,330 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,312 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 2,541 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,829,756 kes.

Artikel Berkaitan: