Perluas konsep 'Kebun Kak Wan' di Bandar Tun Razak

Dr Wan Azizah (dua dari kanan) menyerahkan baja kepada penduduk PA Sri Sabah pada Sabtu.
Dr Wan Azizah (dua dari kanan) menyerahkan baja kepada penduduk PA Sri Sabah pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah mahu memperluaskan konsep 'Kebun Kak Wan' di Bandar Tun Razak.

Beliau berkata, konsep pertanian dalam bandar penting dalam mendepani isu keselamatan makanan.

Menurutnya, pertanian menjadi satu keperluan selepas negara menghadapi masalah kekurangan bekalan ketika penularan Covid-19.

"Kempen ini telah sudah lama diketengahkan, cuma kita nampak keperluannya sangat penting selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya ada konsep Kebun Kak Wan dan kita mahu ia diteruskan. Ia telah lama dilaksanakan, bukan disebabkan pilihan raya.

"Tahniah kepada Perumahan Awam (PA) Sri Sabah yang telah laksanakan kebun kejiranan dan berharap ia akan dipertingkatkan lagi," katanya pada program penyerahan baja di PA Sri Sabah pada Sabtu.

Dr Wan Azizah(empat dari kiri) melawat kebun kejiranan PA Sri Sabah pada Sabtu.
Dr Wan Azizah(empat dari kiri) melawat kebun kejiranan PA Sri Sabah pada Sabtu.

Dr Wan Azizah telah memulakan sesi pertemuan bersama penduduk menerusi program selama sehari di Bandar Tun Razak pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Program bermula dengan sesi walkabout di Pasar Pagi Alam Damai disusuli sarapan pagi di Restoran Sri Anggerik sebelum ke PA Sri Sabah bagi penyerahan baja.

Beliau kemudian akan ke program ramah mesra di Sri Penara diakhiri program perjumpaan jentera cabang Bandar Tun Razak di Pusat Khidmat Masyarakat PKR, Bandar Tun Razak pada sebelah malam.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi calon PKR di Bandar Tun Razak yang diumumkan pada Malam Pengumuman Calon Keadilan di Padang MPAJ Taman Kosas pada Jumaat.

Kerusi tersebut sebelum ini disandang Datuk Kamaruddin Jaffar yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti hampir 20,000 dalam persaingan tiga penjuru membabitkan calon daripada BN dan Pas.

Kamaruddin bertanding atas tiket PKR namun bertindak meninggalkan parti tersebut bersama kumpulan yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.