Red Bull didenda RM33 juta

Red Bull didenda kerana melanggar peraturan kewangan F1 musim lalu. - Foto Agensi
Red Bull didenda kerana melanggar peraturan kewangan F1 musim lalu. - Foto Agensi
A
A
A

PASUKAN Red Bull dikenakan didenda $7 juta (RM33.06 juta) kerana melanggar peraturan kewangan Formula Satu (F1) pada musim lalu.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memaklumkan pasukan itu juga akan dihukum dengan 10 peratus pengurangan daripada kos yang dibenarkan untuk kajian aerodinamik.

Pemotongan 10 peratus itu akan dikenakan apabila mereka menggunakan terowong angin atau dinamik komputer untuk membina jentera.

Bagaimanapun Red Bull bernasib baik tidak ditolak mata daripada keseluruhan musim 2021.

FIA mengesahkan pasukan itu yang membantu Max Verstappen meraih kejuaraan mengatasi Lewis Hamilton tahun lalu, berbelanja melebihi £1.86 juta (RM10.20 juta) pada 2021.

Ketua Red Bull, Christian Horner menyifatkan penalti tersebut sebagai besar.

"Saya dengar orang berkata ia bukan penalti yang teruk, tapi kurang 10 peratus ujian di terowong angin dan peralatan lain untuk aerodinamik ialah penalti yang berat.

"Ia boleh menyebabkan kurang setengah pusingan. Ia akan memberi kesan kepada kemampuan kami untuk beraksi pada tahun depan," ujar Horner.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, denda itu menyebabkan 'sejumlah besar wang' perlu dicari dalam tempoh 30 hari.

Namun beliau menjelaskan bahawa perbelanjaan berlebihan yang mereka buat bukanlah disebabkan pembangunan jentera.