Kerusi majoriti Melayu, BN dijangka kuasai 71 Parlimen

BN dijangka menguasai kerusi majoriti pengundi Melayu jika corak sokongan dan pengundian pada PRN Melaka serta Johor tidak berubah. - Foto Bernama
BN dijangka menguasai kerusi majoriti pengundi Melayu jika corak sokongan dan pengundian pada PRN Melaka serta Johor tidak berubah. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - BN dijangka terus mendominasi sebahagian besar daripada 71 kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus ke atas di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, Pengarah Eksekutif, Pusat Kajian ILHAM Centre (ILHAM Centre), Hisommudin Bakar berkata, kajian mendapati BN akan menguasai kerusi majoriti pengundi Melayu jika corak sokongan dan pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor berkekalan hingga PRU15.

Tambah Hisommudin, jika trend sokongan pengundi pada PRN Johor dan Melaka tidak berubah, besar kemungkinan Pakatan Harapan (PH) kalah kepada UMNO dan Pas di kerusi majoriti Melayu lebih 70 peratus pada PRU15.

Baca berita penuh di Sinar Premium

Artikel Berkaitan: