Warga emas maut dihempap jentolak

Jentolak terbalik menyebabkan mangsa maut dalam kejadian di Kampung Tuan, Tenom.
Jentolak terbalik menyebabkan mangsa maut dalam kejadian di Kampung Tuan, Tenom.
A
A
A

TENOM - Seorang lelaki warga emas maut dihempap jentolak ketika melakukan kerja mengangkut tanah dalam kejadian di Kampung Tuan di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang berusia 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam jentolak yang dikendalikannya itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.12 pagi berhubung kejadian itu.

"Ketika kejadian mangsa melakukan kerja-kerja mengangkut tanah namun jentolak yang dikendalikannya terbalik lalu menghempap mangsa yang berada di dalam.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan bahagian bawah badan iaitu patah di kedua-dua belah kakinya dan cedera di bahagian kiri pinggang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, mangsa yang tersepit kemudian dibawa keluar oleh pekerja yang berada di lokasi sebelum pasukan bomba tiba.

"Mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Mohd Zainal berkata, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.49 pagi.

Artikel Berkaitan: