SPRM serah lelaki warga China dikehendaki kepada Kedutaan China

Lelaki warga China (tengah) diserahkan kepada pihak NCS pada Khamis. Foto: SPRM
Lelaki warga China (tengah) diserahkan kepada pihak NCS pada Khamis. Foto: SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kerjasama rentas agensi antarabangsa National Commission of Supervision of the People's Republic of China (NCS) menahan seorang lelaki warga China yang dikehendaki pihak berkuasa negara tersebut sebelum menyerahkannya kepada Kedutaan China di Kuala Lumpur pada Khamis.

Suspek berusia lingkungan 50-an yang bekerja sendiri itu telah ditahan kira-kira jam 9 malam, Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Maklumat yang diterima dan disiasat SPRM adalah berkaitan dakwaan suspek memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya berkaitan kes penipuan dan pengubahan wang haram.

Lelaki warga China (tiga dari kiri) diserahkan kepada pihak NCS pada Khamis. Foto: SPRM
Lelaki warga China (tiga dari kiri) diserahkan kepada pihak NCS pada Khamis. Foto: SPRM

Pada masa yang sama, semakan mendapati suspek turut berada dalam senarai individu dikehendaki NCS selain pasport miliknya telah dibatalkan kerajaan China.

Sehubungan itu, SPRM telah merujuk kes tersebut kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Kedutaan China sebelum suspek diserahkan untuk tindakan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!