Kerajaan suntik RM6.23 Bilion kepada Felda

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) selepas membentangkannya di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) selepas membentangkannya di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM6.23 bilion kepada Felda secara berperingkat dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan mengikut keperluan demi kelestarian masa depan agensi rancangan pembangunan tanah itu.

Peruntukan itu yang diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih "Ke Arah Kelestarian FELDA" di Dewan Rakyat hari ini, akan memberikan suntikan dana yang amat diperlukan agensi itu berikutan kedudukan kewangannya yang kurang memberangsangkan.

Berikut adalah Intipati Kedudukan dan Permasalahan Kewangan Kumpulan Felda.

  1. Liabiliti Kumpulan Felda sehingga 31 Dis 2017 berjumlah RM14.4 bilion, dengan RM12.1 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan liabiliti merupakan hutang Felda kepada institusi kewangan.
  2. Aset bukan semasa dan aset semasa Felda bernilai RM25 bilion pada 2017.
  3. Untung selepas cukai pada dari 2007-2010 meningkat daripada RM1 bilion kepada RM1.1 bilion dan selepas IPO FGV FELDA mencatatkan kerugian dari 2013-2017.
  4. Kedudukan tunai pada 2011 adalah RM3.9 billion dan pada 2017 hanya RM0.4 bilion.
  5. Punca utama kerugian RM4.9 bilion pada 2017 adalah kerana kemerosotan pendapatan daripada Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) serta pelaburan dan pengambilalihan syarikat tidak strategik.
  6. Terdapat penjejasan pelaburan dalam FGV berjumlah RM2.1 bilion serta kerugian nilai saksama atas pelaburan dalam PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) sebanyak RM1.6 bilion, termasuk kerugian pertukaran mata wang asing pada 2017.- Bernama

Artikel Berkaitan: