Mohd Amar puji tindakan Dr Mahathir

Mohd Amar ketika ditemui media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota DarulNaim.
Mohd Amar ketika ditemui media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota DarulNaim.
A
A
A

KOTA BHARU - Sikap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima dan menghormati keputusan Majlis Raja-Raja mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) adalah sangat bertepatan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun sejak dari dulu lagi mungkin Dr Mahathir banyak berbeza pendapat dengan pelbagai pihak, namun beliau tetap menghormati apa yang dicadangkan demi kebaikan rakyat.

Menurutnya, beliau harap dengan pengalaman dan suasana yang ada, perkara seperti ini boleh diselesaikan dengan baik.

"Perbezaan pandangan kerajaan dengan istana itu perkara biasa, cuma bagaimana kita kendalikannya merupakan satu perkara yang penting.

"Kalau semua pihak boleh bertolak ansur saya rasa boleh selesai, sebab ini lebih kepada perbezaan pandangan. Dr Mahathir telah buat satu keputusan yang baik dan tidak sepatutnya benda ini diperbesarkan lagi,

"Sebab hasrat Majlis Raja-Raja pun diterima baik oleh beliau," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota DarulNaim di sini sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: