'Itu memang betul-betul mengarut' - Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan beliau bergaduh dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.

Beliau berkata, video tular itu sengaja merosakkan hubungan dan mencetus satu imej yang negatif dalam pimpinan Pas.

"Itu mengarut, memang betul-betul mengarut. Macam mana mereka reka. Dan mereka ambik 'screen shot' siapa? Takkan Datuk Takiyuddin pun ada? Itu memang rekaan," katanya kepada pemberita selepas keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panji di sini.

Mohd Amar dan isteri, Datin Hasmani Hussain mengundi di saluran dua kira-kira jam 8.30 pagi.

Mohd Amar dan isteri, Datin Hasmani Hussain menunjukkan jari selepas mengundi di SK Panji.
Mohd Amar dan isteri, Datin Hasmani Hussain menunjukkan jari selepas mengundi di SK Panji.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor berkata, pimpinan Pas tidak pernah bergaduh kerana semua perkara berkaitan parti akan berdepan mesyuarat.

"Setuju tidak setuju, apabila pimpinan membuat keputusan, kita akan patuh kepada keputusan. Itu amalan kita.

Artikel Berkaitan:

"Dalam mesyuarat memang tegang kerana ada pandangan berbeza tetapi kita patuh kepada keputusan parti," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Amar bergaduh dengan Takiyuddin susulan pertukaran jawatan menteri besar dan timbalannya.

Media pada Jumaat melaporkan, Kelantan dijangka mempunyai menteri besar atau timbalan menteri besar baharu berikutan cadangan Pas menggabungkan agamawan dan teknokrat untuk jawatan menteri besar dan timbalannya.

Mohd Amar menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar selama dua penggal sejak 2013.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas sering terpalit dengan kontroversi susulan kenyataannya yang menimbulkan kemarahan rakyat terutama berkait isu bekalan air di Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Pas tukar MB, Timbalan MB Kelantan jika menang

Ahmad mahu undur diri sebagai MB kerana uzur - Abdul Hadi

Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan

Mohd Amar sahkan MB Kelantan tolak kekalkan jawatan