Dr Baba tidak lupa serangan hendap di Iraq

Dr. Baba menunjukkan sebahagian kerja sukarelawan perbuatan yang dilakukan di Syria beberapa tahun lalu.
Dr. Baba menunjukkan sebahagian kerja sukarelawan perbuatan yang dilakukan di Syria beberapa tahun lalu.
A
A
A

MELAKA - Seorang sukarelawan yang juga doktor perubatan tidak dapat melupakan detik hitam diserang hendap ketika menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) ke Iraq pada tahun 2003.

Datuk Dr Baba Md Deni, 67, berkata, insiden tembakan yang terkena bahagian punggungnya turut menyebabkan dia mengalami kecacatan kekal hinggakan pahanya pendek seinci selain saraf besar telah mati.

Menurutnya, serangan ketika mereka dalam perjalanan ke Jordan bagi membeli peralatan prubatan turut mengakibatkan dua individu dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbunuh, manakala tiga yang lain termasuk dirinya serta bekas Presiden MERCY, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood tercedera.

Katanya, meskipun ketika itu terpaksa membiayai perbelanjaan sendiri termasuk membayar tiket penerbangan, namun sehinggalah episod tragis itu berlalu hampir 20 tahun, semangat sukarelawan dalam dirinya tidak pernah luntur.

"Ketika dibawa pulang ke tahan air saya mengalami lumpuh dan selama tujuh bulan saya dirawat di sebuah hospital swasta di Melaka bagi menjalani fisioterapi untuk berdiri dan berjalan semula.

"Alhamdulillah ALLAH SWT memberi kesembuhan, saya kembali meneruskan kerja-kerja sukarelawan termasuk memberi bantuan selepas bencana Tsunami di Acheh, Indonesia dan beberapa negara lain tidak ketinggalan bantuan di Melaka," katanya ketika ditemui di MITC Ayer Keroh di sini, pada Selasa.

Dr. Baba (tiga,kiri) bersama rakannya yang menyertai MERCY Malaysia.
Dr. Baba (tiga,kiri) bersama rakannya yang menyertai MERCY Malaysia.

Tambahnya, minat menghulurkan bantuan dan kerja-kerja kebajikan timbul sejak dia bergelar mahasiswa perubatan di Universiti Malaya (UM).

Artikel Berkaitan:

"Setiap kali cuti semester saya akan memberikan tuisyen kepada anak-anak kampung yang menghadapi peperiksaan kerana saya mahukan mereka juga berjaya," katanya yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pernu.

Ditanya mengenai politik semasa, Timbalan Penerangan Perikatan Nasional (PN) Melaka itu berkata, parti komponen itu mempunyai peluang cerah untuk menawan kubu kuat BN di Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November depan.

Menurut bekas Yang Dipertua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin itu, sekiranya calon yang dipilih berintegriti, dikenali ramai dan tidak mempunyai kontroversi tidak mustahil PN mampu melakar sejarah pada PRU berkenaan.

"Saya yakin dan percaya pengundi muda terutamanya bijak menilai dan membuat pilihan parti mana yang akan membela nasib mereka terutama orang-orang Melayu.

"Bagaimanapun setakat ini PN belum memutuskan calon-calon di lagi lima kerusi Parlimen selain penyandang Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dikekalkan untuk pertahankan kerusi itu," ujarnya lagi.