Airbus bayar setiap pekerja RM7,113 hadapi inflasi

Syarikat Airbus mengumumkan pemberian sumbangan berupa wang tunai kepada semua pekerjanya di empat buah negara mulai akhir tahun ini. - Foto AFP
Syarikat Airbus mengumumkan pemberian sumbangan berupa wang tunai kepada semua pekerjanya di empat buah negara mulai akhir tahun ini. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Syarikat pengeluar pesawat Airbus di Eropah mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan mengeluarkan bayaran sekali sahaja sebanyak 1,500 euro (RM7,113) kepada semua pekerjanya di empat negara iaitu United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Sepanyol ketika zaman inflasi.

Jawatankuasa Eksekutif Airbus memutuskan bahawa premium yang luar biasa akan dibayar sebelum akhir tahun 2022 kepada semua pekerja Airbus termasuk pengurusan kanan, kata syarikat itu dalam mesej kepada pekerja yang dilihat oleh AFP.

Para pekerja yang berkhidmat di luar dari empat buah negara pengasas utama syarikat Airbus itu, mereka akan menerima premium istimewa yang dikira sebagai peratusan daripada purata gaji asas tempatan, kata pembuat pesawat tersebut.

Pada akhir tahun lepas, Airbus menggaji seramai 126,000 orang di seluruh dunia termasuk 46,000 di Perancis dan 43,000 lagi di Jerman

"Ketidaktentuan, ketidakpastian, kerumitan dan kekaburan yang mencirikan persekitaran semasa (syarikat) kami telah diperkukuhkan lagi oleh krisis tenaga dan inflasi sejak beberapa bulan ini.

"Fenomena kenaikan harga yang meluas ini meletakkan beban kewangan yang berat dan (secara) langsung kepada ekonomi kebanyakan negara dan syarikat. Realiti ini juga terpakai kepada para pekerja Airbus," kata Airbus dalam mesejnya kepada para pekerja. - Agensi

Artikel Berkaitan: