Pekerja ladang maut digilis traktor

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, Gua Musang. - Foto hiasan 123RF
GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, Gua Musang. - Foto hiasan 123RF
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, di sini, dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa yang dikenali sebagai Syaiful berusia 34 tahun maut di tempat kejadian akibat digilis tayar hadapan traktor terbabit.

"Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang merupakan pekerja ladang sedang memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit ke dalam traktor berkenaan.

"Namun secara tiba-tiba traktor itu telah mengundur dengan sendiri. Mangsa cuba memanjat traktor untuk mengawal kenderaan, tetapi telah terjatuh dan digilis tayar hadapan traktor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan: