Anuar Ibrahim teruskan bantuan beras

Mohd Anuar dan isteri, Datin Siti Aishah Abdullah menyantuni komuniti India yang menerima bantuan makanan sempena Deepavali ini
Mohd Anuar dan isteri, Datin Siti Aishah Abdullah menyantuni komuniti India yang menerima bantuan makanan sempena Deepavali ini
A
A
A

IPOH - Tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang Kedai Emas Siti Aishah Sdn Bhd meneruskan sumbangan bantuan makanan kepada golongan memerlukan.

Kali ini sumbangan berupa beras, minyak, gula dan tepung itu diberikan kepada komuniti India kumpulan B40 di sekitar Silibin dan Manjoi sempena sambutan Deepavali.

Pengarah Kedai Emas Siti Aishah Sdn Bhd, Datuk Mohd Anuar Ibrahim berkata, bantuan makanan itu diberikan kepada 150 penerima yang dikenal pasti oleh ketua taman perumahan masing-masing

Isteri Mohd Anuar, Datin Siti Aishah Abdullah menyampaikan sumbangan makanan kepada seorang daripada 150 penerima terpilih.
Isteri Mohd Anuar, Datin Siti Aishah Abdullah menyampaikan sumbangan makanan kepada seorang daripada 150 penerima terpilih.

"Semasa PKP dulu, lebih 1,000 kotak makanan kita agihkan kepada kumpulan sasar, surau, sekolah dan anggota barisan hadapan.

"Walaupun PKP telah tamat, kita terpanggil untuk meneruskan sumbangan ini dengan fokus pada sambutan perayaan. Insya-ALLAH setiap kali perayaan kita akan teruskan sumbangan ini dengan jumlah yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan 150 beg makanan di sini pada Ahad.

Mohd Anuar mengakui, sumbangan seumpama itu masih diperlukan rakyat apatah lagi dalam situasi ekonomi ketika ini.

"Ini hanyalah sumbangan kecil daripada kami untuk berkongsi rezeki sepanjang 13 tahun kedai ini beroperasi di sini bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan," katanya.

Artikel Berkaitan: