Langkah Soon Huat-Shevon terkandas di separuh akhir

Soon Huat dan Shevon terpaksa akur tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka Denmark 2022 di Odense sebentar tadi.
Soon Huat dan Shevon terpaksa akur tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka Denmark 2022 di Odense sebentar tadi.
A
A
A

BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal menempah tiket final Terbuka Denmark 2022 selepas tumbang di tangan lawan dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam saingan separuh akhir di Odense sebentar tadi.

Tampil selaku gandingan ke-13 dunia, Soon Huat-Shevon nyata bukan tandingan beregu ketiga dunia itu apabila tewas dalam pertarungan straight set 16-21, 22-24.

Untuk rekod, Soon Huat-Shevon masih belum pernah meraih kemenangan ke atas Si Wei-Ya Qiong sejak tahun 2018 dengan kali terakhir mereka tewas 10-21, 14-21 dalam aksi suku akhir Masters Malaysia pada Julai lalu.

Menanti Si Wei-Ya Qiong di pentas final adalah rakan senegara mereka, Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping yang mara selepas menundukkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 21-9, 24-22.

Artikel Berkaitan: