Anwar jangan lupa janji manis PRU14

Vigneswaran
Vigneswaran
A
A
A

SUNGAI SIPUT - MIC mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedia untuk dipotong gaji dan elaun sebagai Perdana Menteri sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk tidak melupakan janji-janji manis lama yang pernah diberikan kepada rakyat.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, banyak janji ditawarkan pembangkang kepada rakyat tidak dapat ditunaikan meskipun telah berpeluang menjadi kerajaan selepas PRU14, termasuklah janji menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Sekarang dia janji begitu pula, mungkin (potong gaji) itu bagi dia boleh (ditunaikan) sebab itu yang paling senang, kalau anak saya jadi Perdana Menteri pun dia akan potong juga.

"Cuma ingatlah pada janji-janji dulu, mengenai minyak, PTPTN dan macam-macam janji lagi, sampai tak boleh buat apa pun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kesihatan dan pendidikan kepada penduduk di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Siput di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, kesediaan mana-mana Perdana Menteri dan menteri Kabinet untuk memotong gaji dan elaun tidak menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi rakyat.

Vigneswaran menyampaikan bantuan perubatan berjumlah RM15,000 kepada K Chitra bagi tujuan pembedahan akibat ketumbuhan dalam perut.
Vigneswaran menyampaikan bantuan perubatan berjumlah RM15,000 kepada K Chitra bagi tujuan pembedahan akibat ketumbuhan dalam perut.

Katanya, isu seperti kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat patut diberikan keutamaan menerusi pentadbiran sebuah kerajaan yang kukuh dan mempunyai hala tuju jelas.

Kalau mereka ingat rakyat bodoh dan beli janji-janji mereka, saya rasa perkara itu tidak akan berlaku lagi.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya, rakyat sudah muak dengan sejarah dan perjuangan lama mereka bila tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat. Eloklah kita buka buku yang baru saja," katanya.

Vigneswaran turut yakin, keputusan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 ini tidak memberi kesan kepada BN di Perak.

Uajr beliau, berdasarkan pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, kemenangan juga boleh diperoleh di Perak apatah lagi rakyat telah kembali menyakini jasa BN.

"Tak ada perbezaan pun, saya tak rasa beri pandangan yang lain kepada BN, mana dia nak tanding terpulang kepada beliau lah.

"Rakyat tahulah mereka sebagai pembangkang hanya membangkang, nak jalankan tugas kerajaan, memang tak boleh, payah kerana mereka pun tidak ada penyatuan dari segi hala tuju, jadi bagaimana mahu bawa negara kita ke tahap lebih baik," katanya