PM Britain letak jawatan

Perdana Menteri Britain, Liz Truss. - AFP
Perdana Menteri Britain, Liz Truss. - AFP
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Liz Truss meletakkan jawatan pada Khamis selepas enam minggu menjawat jawatan tersebut.

Peletakan jawatan tersebut dikaitkan dengan bajet pemotongan cukai yang disifatkan gagal sehingga menggegarkan pasaran kewangan yang membawa kepada 'pemberontakan' dalam Parti Konservatif.

Truss berkata dalam satu kenyataan di luar Downing Street bahawa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga penggantinya dipilih untuk berkhidmat sebagai pemimpin Tory.

"Kami bersetuju bahawa akan ada pemilihan kepimpinan akan diselesaikan dalam minggu depan.

"Ini akan memastikan kami terus berada di landasan untuk menyampaikan rancangan fiskal dan mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara kita.

"Saya akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pengganti baharu dipilih.

Sementara itu, pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer menuntut pilihan raya umum diadakan 'sekarang'.

Peletakan jawatan Truss berlaku selepas seorang menteri penting meletak jawatan dan diikuti beberapa Ahli Parlimen Tory susulan pemberontakan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady memberitahu wartawan bahawa pemilihan kepimpinan bagi menggantikan Truss dan pemimpin Parti Konservatif perlu diselesaikan selewat-lewatnya 28 Oktober ini. - AFP