PRU15: Netizen persoal harga tiket kapal terbang mahal

Ciapan dibuat pengguna media sosial Twitter @saifunnizamsam yang mempersoalkan harga tiket kapal terbang mahal menjelang hari pengundian PRU15.
Ciapan dibuat pengguna media sosial Twitter @saifunnizamsam yang mempersoalkan harga tiket kapal terbang mahal menjelang hari pengundian PRU15.
A
A
A

SHAH ALAM – Beberapa pengguna media sosial mempersoalkan harga tiket kapal terbang yang mahal selepas tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan hari ini.

Seorang pengguna Twitter @saifunnizamsam turut menyindir sambil menyatakan bahawa hanya orang kaya boleh mengundi pada PRU15 susulan harga tiket yang mahal.

“Bagaimana orang Sarawak yang duduk di Semenanjung nak balik mengundi kalau tiket mahal macam ini?

“Kalau macam ni, only rich people can vote (hanya orang kaya yang boleh mengundi)..,” ciapnya di Twitter pada Khamis.

Dia turut memuat naik tangkap layar dua harga tiket kapal terbang berlainan yang masing-masing berharga RM1,127.46 dan RM3,231.56 untuk penerbangan dua hala.

Seorang pengguna Twitter @jeremyx_s kemudiannya membalas ciapan tersebut sambil berpandangan harga tiket penerbangan itu adalah mahal.

“Mahalnya, boleh pergi luar negara wehh,” tulisnya.

Pengguna Twitter @embekkkkkk pula berkata, harga tiket untuk pergi ke Turkiye lebih murah berbanding harga tiket penerbangan yang ditunjukkan oleh @saifunnizamsam.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi pengguna Twitter @ady_kent pula mahukan agar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong campur tangan dalam hal itu.

“@weekasiongmp minta tolong campur tangan please,” ciapnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian bagi PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan penamaan calon ditetapkan pada 5 November.