Tip solekan wajah dan mata agar wanita sentiasa nampak menawan

A
A

MAHU solekan wajah dan mata anda tahan lama? Penggunaan primer amat penting ya. Selepas aplikasi primer, gunakan bedak asas cecair seperti bedak asas kusyen kerana majoriti tekstur bedak asas ini lebih tipis namun ia mampu meliputi seluruh wajah sekaligus membuatkannya kekal lama. Di sini femina kongsikan beberapa teknik untuk solekan anda tahan lama!

1) Kemaskan solekan dengan bedak lut sinar

Diakui kebanyakkan wanita cenderung menggunakan bedak tabur yang sememangnya penting bagi melitupi bahagian yang tertinggal ketika menyapu bedak asas cecair. Bagaimanapun untuk kesan yang lebih cantik, cuba gantikan bedak tabur dengan bedak lut sinar yang mana fungsinya hampir sama. Kelebihannya, ia lebih ringan dan membuat kulit anda tampak lebih bersinar.

2) Pemerah pipi cecair

Pemilihan pemerah pipi penting bagi menampakkan ilustrasi yang berbeza. Jadi pilihlah pemerah pipi jenis cecair yang juga berfungsi untuk bibir anda umpama gindu. Ia pasti akan memberikan hasil yang lebih menyerlah dan tahan lama.

3) Bulu mata kekal lebar dan lentik

Bulu mata yang lentik memang cantik namun sekadar memakai maskara ia gagal membuatkan lentikannya nampak sempurna. Cara yang lebih berkesan adalah dengan menggunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara. Teknik ini tidak mengambil masa yang lama. Sekejap sahaja.

4) Semburan wajah

Selepas selesai solekan, gunakan alat semburan ke wajah solekan bagi membolehkan wajah anda tampil lebih segar dan sempurna. Pastikan anda memilih semburan yang mengandungi vitamin dan tidak menyebabkan pori anda tersumbat.

5) Oles pewarna bibir bertekstur pusam

Pemakaian pewarna bibir ini akan memberikan kemasan yang sama seperti gincu cuma ia lebih menyerlah dan tahan lebih lama, Jadi anda tidak perlu kemaskan solekan anda setiap kali selepas menjamu selera.

Sumber: EH!