Belum muktamad manifesto: Pas

Takiyuddin (dua dari kanan) menghadiri Majlis Kesyukuran dan Maulidur Rasul 1444 Hijrah dan Sempena Kenaikan Pangkat Ketua Polis Kelantan pada Rabu.
Takiyuddin (dua dari kanan) menghadiri Majlis Kesyukuran dan Maulidur Rasul 1444 Hijrah dan Sempena Kenaikan Pangkat Ketua Polis Kelantan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Rabu memaklumkan Pas belum lagi memuktamadkan manifesto parti itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli memberitahu, beliau tidak terlibat dalam gerak kerja merangka manifesto itu.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen kerana perkara itu belum dimuktamadkan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Kesyukuran dan Maulidur Rasul 1444 Hijrah dan Sempena Kenaikan Pangkat Ketua Polis Kelantan di sini pada Rabu.

Takiyuddin turut memberitahu, pihaknya belum membuat keputusan terhadap permintaan tiga kerusi Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kita akan tengok semula dan esok (Khamis) ada mesyuarat sebelum keputusan dibuat," katanya.

Selain itu, beliau juga mengesahkan parti Gerakan tidak bertanding kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU15.

Artikel Berkaitan: