Datuk, penjawat awam direman kemuka dokumen palsu

Kontraktor mengemukakan dokumen penyata bank palsu bagi mendapatkan tender kontrak antara kes yang terbanyak diterima SPRM Sabah.
Kontraktor mengemukakan dokumen penyata bank palsu bagi mendapatkan tender kontrak antara kes yang terbanyak diterima SPRM Sabah.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita bergelar Datuk dan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam negeri direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka.

Perintah reman hingga Jumaat (21 Oktober) terhadap kedua-dua suspek, masing-masing berusia 30an dan 40an itu dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor hari ini.

Jurucakap SPRM Melaka berkata, kedua-dua suspek iaitu seorang pengurus syarikat pelancongan dan penjawat awam itu didakwa mengemukakan Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka bagi mendaftarkan diri sebagai Ahli Majlis tersebut.

Kedua-dua suspek masing-masing ditahan pada pukul 8 malam dan 8.15 malam semalam ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan atau mengesahkan dokumen mengandungi butiran palsu.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: