Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi BNM untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM38.76 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.31 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk jangka masa tujuh hari, serta tiga tender Program Murabahah Komoditi yang terdiri daripada tender RM150 juta selama 21 hari dan dua tender RM200 juta, masing-masing untuk tempoh 14 dan 33 hari.

Selain itu, ia turut menawarkan tender repo berbalik sebanyak RM3 bilion selama 33 hari.

Bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan mengendalikan sehingga RM39.8 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM18.8 bilion bagi tender semalaman Murabahah. - Bernama

Artikel Berkaitan: