Mengaku cicit nabi: Orang ramai dinasihat berhati-hati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk individu yang mendakwa dirinya berketurunan Rasulullah SAW untuk memaklumkan identitinya di khalayak ramai. (Gambar kecil: Kenyataan dimuat naik Jakim di Facebooknya pada Selasa.)

A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Peringatan tersebut dibuat bagi menjawab soalan pengguna maya yang meminta penjelasan Jakim mengenai dakwaan bahawa lelaki itu ada melakukan penipuan wang dan nasab.

“Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan.

“Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut,” katanya pada Selasa.

Jelas Jakim, pihak berkuasa agama negeri mengambil maklum dan memberi perhatian tentang program melibatkan individu terbabit.

“Difahamkan beliau menghadiri beberapa program yang telah diatur di beberapa buah negeri.

“Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program melibatkan kehadiran beliau,” ujarnya.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan melarang ceramah atau program sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri lelaki itu.

Artikel Berkaitan: