[VIDEO] UMNO Kedah sasar menang lapan kerusi Parlimen

Othman (dua dari kanan) pada sidang akhbar selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Dewan Kuala Kerpan, Jerlun, pada Selasa.
Othman (dua dari kanan) pada sidang akhbar selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Dewan Kuala Kerpan, Jerlun, pada Selasa.
A
A
A

JERLUN - [DIKEMAS KINI] UMNO Kedah menyasarkan menang lapan kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) termasuk mempertahankan Padang Terap dan Baling yang dimenangi pada PRU14 lalu.

Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, keyakinan itu dizahirkan berdasarkan kepada sokongan rakyat yang mahu BN kembali menjadi kerajaan.

Menurutnya, parti itu juga berpeluang untuk merampas kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai berdasarkan sokongan semasa yang diberikan rakyat kepada BN setakat ini.

"UMNO ini sebenarnya 'tulangnya' di kawasan Parlimen luar bandar, jadi saya boleh sebutlah bahawa kerusi-kerusi ini adalah di luar bandar dan pinggir bandar, kerusi dalam bandar selalunya kita serahkan kepada MCA, MIC dan sebagainya.

"Sasaran lapan ini adalah di kawasan luar bandar yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Kita harap dapat tingkatkanlah melalui kerjasama dan kerja kuat dengan rakan-rakan komponen lain," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Othman (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan daripada PUNB kepada penduduk di Kuala Kerpan, Jerlun pada Selasa. Turut sama Ahmad Nazlan (kanan).
Othman (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan daripada PUNB kepada penduduk di Kuala Kerpan, Jerlun pada Selasa. Turut sama Ahmad Nazlan (kanan).

Beliau berkata demikian selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Dewan Kuala Kerpan, Jerlun, dekat sini.

Hadir sama Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Artikel Berkaitan:

Othman yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun berkata, calon-calon yang akan ditampilkan parti tersebut pada PRU15 diakui berkemampuan dalam mendengar dan memahami hati rakyat.

Jelasnya, calon itu juga memahami keluh kesah rakyat dan sentiasa bersama dengan mereka di peringkat akar umbi.

"Perkara ini akan menjadi kekuatan utama yang akan ditampilkan BN bagi memenangi lebih banyak kerusi di Kedah tanpa mengira siapa lawan dan saingan dalam PRU15," ujar Othman lagi.

Pada Ahad lalu, media melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan parti itu menyasarkan menang lebih daripada dua kerusi Parlimen di Kedah dalam pilihanraya umum akan datang.

Namun, jumlah keseluruhan kerusi yang disasarkan tidak didedahkan dan beliau menyatakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.