Tuduh UMNO ganggu ceramah, Syed Saddiq perlu mohon maaf

Onn Hafiz mahu Syed Saddiq memohon maaf kerana didakwa menuduh UMNO dan BN menjadi dalang membuat provokasi dan gangguan ketika Ceramah Mega Muar Muda yang berlangsung kelmarin.
Onn Hafiz mahu Syed Saddiq memohon maaf kerana didakwa menuduh UMNO dan BN menjadi dalang membuat provokasi dan gangguan ketika Ceramah Mega Muar Muda yang berlangsung kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu memohon maaf kepada BN dan UMNO berikutan dakwaan ceramah mega Muda di Muar, pada Ahad didalangi parti terbabit.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum (PRU) BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan dakwaan Ahli Parlimen Muar itu seolah-olah mahu memberikan imej buruk kepada UMNO dan BN.

Justeru tegas beliau, Syed Saddiq perlu perlu bertanggungjawab atas tuduhan melulu dan provokasi demi menyemarakkan perasaan benci rakyat terhadap UMNO dan BN.

Tuduhan yang tidak berasas ini juga dinafikan oleh Ketua Pemuda UMNO Muar, Mohd Helmy Abd Latif.

"Hentikan politik tidak matang. Saya mendesak beliau untuk meminta maaf kepada orang UMNO dan BN secara terbuka dengan kadar yang segera," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Pada Isnin, Mohd Helmy membuat laporan polis selain mahu mengambil tindakan saman terhadap dakwaan Syed Saddiq bahawa mereka terbabit mengganggu ceramah dihadiri penyandang Ahli Parlimen Muar itu malam Ahad.

Mohd Helmy dilaporkan berkata Syed Saddiq mendakwa Pemuda UMNO menjadi dalang membuat provokasi dan gangguan ketika Ceramah Mega Muar MUDA yang berlangsung kelmarin.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Menteri Besar berkata, beliau mengamati secara teliti apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq dalam sebuah video yang tular sejak semalam.

Artikel Berkaitan:

"Dalam ucapannya di Muar, beliau secara melulu tanpa usul periksa apatah lagi bukti dan saksi, memfitnah UMNO dan BN mencetuskan kekecohan di ceramah itu.

"Tuduhan itu melampau dan saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu," katanya.