Selangor buat persediaan di lima daerah berisiko

Izham Hashim
Izham Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor giat melakukan persediaan kemungkinan banjir terutama di lima daerah berisiko tinggi iaitu Sepang, Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Gombak.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, antara perkara ditekankan ialah penyenggaraan longkang, parit dan kolam takungan selain bekalan elektrik, air dan komunikasi ketika berdepan bencana.

Malah Izham turut berkata, beliau juga akan turun padang ke lima daerah kritikal bermula pada minggu depan sebagai persediaan dalam menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar.

“Sebelum ini kita mengadakan beberapa pertemuan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran. Tujuan kita turun padang untuk melihat pelaksanaan kerja selenggara longkang, parit dan kolam takungan.

“Selaku exco bertanggungjawab dalam infrastruktur, persediaan sekiranya banjir perlu diuruskan bukan sahaja isu longkang tetapi bekalan elektrik, air dan komunikasi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan: