Kempen, iklan haram sebelum penamaan calon tidak dibenarkan

Pihak MBSJ menurunkan papan iklan haram didakwa digunakan untuk berkempen sempena PRU15 yang diletakkan di sekitar Subang Jaya. (Gambar kecil: Sze Han)
Pihak MBSJ menurunkan papan iklan haram didakwa digunakan untuk berkempen sempena PRU15 yang diletakkan di sekitar Subang Jaya. (Gambar kecil: Sze Han)
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang bentuk iklan atau kempen secara haram sebelum penamaan calon dibuat sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak dibenarkan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata demikian ketika disoal tentang tindakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang menurunkan iklan kempen sebuah parti politik di kawasan seliaan pihak tersebut pada Ahad.

Menurutnya, aktiviti berkempen hanya boleh dilakukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan nama calon yang bakal menyertai PRU15 kelak.

"Jika kita merujuk kepada undang-undang pilihan raya sedia ada, segala kempen tidak dibenarkan pada masa ini dan hanya boleh dilakukan selepas SPR mengumumkan nama calon,

"Sekarang mereka tidak memaklumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Jadi segala kempen itu (papan iklan haram) tidak dibenarkan.

"Mereka perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 bagi PRU peringkat Parlimen dan RM3,000 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada PBT di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Malaysia Urban Forum 2022 (MUF2022) di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, di sini pada Isnin.

Pada Ahad, tular satu ciapan memaparkan beberapa papan iklan didakwa berunsurkan kempen untuk menghadapi pilihan raya oleh sebuah parti politik dinaikkan dalam daerah Subang Jaya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, salah seorang pengguna Twitter dengan nama Khairul Khalid memaklumkan papan iklan tersebut diturunkan oleh pihak MBSJ pada petang Ahad.