Tun M turun padang lawat mangsa banjir

Tun Dr Mahathir (kanan) mendengar penerangan ketika melawat ke PPS Dewan Syifa.
Tun Dr Mahathir (kanan) mendengar penerangan ketika melawat ke PPS Dewan Syifa.
A
A
A

LANGKAWI - Bekas ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad meninjau kawasan terjejas banjir di Pulau Langkawi dan melawat pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Syifa.

Beliau menyifatkan bencana yang berlaku di Langkawi itu membimbangkan dan berharap penduduk serta pelawat berwaspada.

"Hari ini (Isnin) saya melawat ke pusat (Dewan Syifa) dan di sini ada lebih 40 mangsa yang dipindahkan sementara ke sini.

Dr Mahathir bertanya khabar seorang mangsa banjir di PPS Dewan Syifa ketika lawatannya pada Isnin.
Dr Mahathir bertanya khabar seorang mangsa banjir di PPS Dewan Syifa ketika lawatannya pada Isnin.

"Ada antara mereka tak boleh balik kerana rumah runtuh jadi mungkin terpaksa tinggal lama sikit di sini," katanya ketika sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di PPS Dewan Syifa di sini pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, menurut maklumat yang diterima, paras air banjir dipercayai semakin meningkat dan laju pada Isnin.

"Di bukit pun banyak (kejadian) tanah runtuh tetapi sudah ada kerja-kerja baik pulih kerana peserta Le Tour De Langkawi akan melalui jalan berkenaan.

"Lain-lain tempat di Langkawi dekat dengan laut jadi bah (banjir) tak lama, air tu mengalir masuk ke laut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Mahathir (kiri) ketika melawat rumah mangsa banjir di Langkawi. - Foto FB Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir (kiri) ketika melawat rumah mangsa banjir di Langkawi. - Foto FB Dr Mahathir Mohamad

Setakat jam 12 tengah hari pada Isnin, mangsa di PPS Dewan Syifa meningkat kepada 43 mangsa berbanding 38 orang pada jam 8 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, mereka terdiri daripada 20 lelaki,16 wanita, lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.