Bajet 2023: GTA teruskan bantuan rakyat jika diberi mandat

Tangkap layar kenyataan dimuat naik Dr Mahathir di laman Facebook.
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Dr Mahathir di laman Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kemampuan UMNO untuk melaksanakan segala janji yang dibuat menerusi Bajet 2023.

Beliau berkata, Bajet 2023 dilihat baik tetapi jika pelaksanaan tidak cekap maka peruntukan tidak dapat membawa hasil yang dijanjikan.

"Oleh sebab itu, walaupun GTA menerima belanjawan tersebut tetapi banyak perubahan dan tambahan perlu dilakukan.

"Insya-ALLAH, GTA dapat melaksanakan bajet terutama bantuan-bantuan untuk rakyat jika UMNO tidak menjadi kerajaan dan diganti oleh kerajaan GTA (Pejuang), jika GTA diberi kemenangan serta mendirikan kerajaan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menambah Bajet 2023 itu jelas untuk pilihan raya.

"Parti-parti lawan tidak pun diberi hak untuk membahas peruntukan-peruntukan yang diberi kepada semua lapisan rakyat.

"GTA yang belum didaftar tidak ada pilihan selain daripada menyokong kerana jika tidak menyokong tentulah rakyat akan kecewa dan tolak GTA," katanya.

Artikel Berkaitan: