2,010 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Malaysia merekodkan 2,010 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.
Malaysia merekodkan 2,010 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 2,010 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan 13 daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kematian direkodkan.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 23,881 kes, dengan 22,882 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 965 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital di mana 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 20 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Sabtu ialah 1,699 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,805,184 kes.

Artikel Berkaitan: