SMK Seksyen 7 juara Piala Sumbangsih

Ahmad Fariz (tiga dari kiri) bersama pasukan SMK Seksyen 7 sebelum perlawanan bermula di Padang Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Shah Alam pada Sabtu.
Ahmad Fariz (tiga dari kiri) bersama pasukan SMK Seksyen 7 sebelum perlawanan bermula di Padang Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7 memenangi Piala Sumbangsih saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 (B-18) tahun selepas menewaskan SMK Tinggi Kajang di Padang Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Shah Alam di sini sebentar tadi.

Kemenangan 1-0 SMK Seksyen 7 dalam aksi pembuka tirai itu menjadi permulaan positif bagi pasukan berkenaan untuk memburu gelaran liga Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 pada musim ini.

Pada aksi itu, SMK Seksyen 7 membuka tirai jaringan pada minit 58 menerusi penyerang, Iman AL Zahar Ahmad Redza lewat babak kedua perlawanan seterusnya memastikan kedudukan mereka terus kekal sehingga tiupan wisel tamat perlawanan.

Hadiah disampaikan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad), Ahmad Fariz Hassan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Datuk Emran Kadir dan timbalannya, Hashim Anang.

Pasukan SMK Seksyen 7 memenangi Piala Sumbangsih saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 tahun pada Sabtu.
Pasukan SMK Seksyen 7 memenangi Piala Sumbangsih saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 tahun pada Sabtu.

Dalam pada itu, Emran bercakap kepada pemberita sebelum ini berkata, kejuaraan B-18 bermula pada Sabtu sehingga 5 November depan disertai oleh 32 pasukan terbaik dalam kalangan sekolah seluruh Selangor.

Menurutnya, pemilihan sekolah adalah berdasarkan kejayaan pasukan masing-masing di peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD).

Artikel Berkaitan:

"Idea menganjurkan kejohanan ini dilaksanakan atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat Selangor melahirkan bakat-bakat baharu dan pelapis bola sepak pada masa depan.

"Kita juga amat beruntung kerana KPS Berhad (Kumpulan Perangsang Selangor Berhad) terus menyokong sebagai penaja kejohanan dan juga Sinar Harian yang menjadi akhbar rasmi kejohanan," katanya.

Tambah Emran lagi, juara dan naib juara kali ini masing-masing akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM10,000 dan RM7,000.

Jelas Emran, pemain dan penjaga gol terbaik perlawanan akhir juga akan menerima trofi dan sijil penjaring terbanyak kejohanan.