PRU15 peluang kebangkitan BN di Selangor

Perasmian Jentera BN Shah Alam pada Sabtu.
Perasmian Jentera BN Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah peluang kebangkitan BN di Shah Alam dan Selangor.

Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, beliau bersyukur PRU15 diadakan ketika BN mentadbir kerajaan.

Beliau mengingatkan jentera BN mengambil peluang itu untuk bersoladiriti dan kekal fokus serta mengelak bertelagah sesama sendiri.

"Akhirnya BN dapat semula (kerajaan), PRU15 diadakan ketika BN memerintah. Alhamdulillah tuhan bantu, kita jangan huru-hara lagi.

"Orang kata ini pertempuran terakhir kita, antara hidup dengan mati. Kalau kita tumbang, kita tak mampu bangkit lagi.

"Inilah peluang kebangkitan BN. Kita akan pastikan BN bukan hanya hadir di Shah Alam, malah Selangor dan Putrajaya," katanya pada Perasmian Jentera BN Shah Alam pada Sabtu.

Ucaptama perasmian tersebut dikongsikan secara langsung di Facebook beliau.

Pada majlis tersebut beliau merakamkan penghargaan kepada parti komponen BN, Friends of BN serta veteran UMNO yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, turut meminta jentera parti untuk aktif menggunakan media sosial sebagai platform kempen khususnya bagi menarik undi golongan anak muda.

"Gunakan media sosial untuk serang PH. Ini teknik sama digunakan mereka untuk serang BN yang dilihat paling berkesan untuk kempen anak muda yang sangat aktif di media sosial.

"Seru juga anak muda sama-sama bantu BN, kita tak mampu nak jejak semua pengundi. Jumlah pengundi kita ramai (164,000 orang), Kota Anggerik saja 90,000 orang," katanya.