Ancaman culik, Puteri Mahkota Belanda dikawal rapi

Puteri Amalia
Puteri Amalia
A
A
A

MOSCOW - Puteri Mahkota Belanda, Catharina-Amalia dikawal rapi di istana susulan ancaman penculikan, titah raja dan permaisuri Belanda pada Khamis.

Puteri berusia 18 tahun itu sebelum ini dilaporkan menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan di Amsterdam pada September dalam bidang sains politik, psikologi, undang-undang dan ekonomi.

Bagaimanapun, puteri Amalia terpaksa meninggalkan kediaman pelajarnya dan kembali ke istana diraja Huis ten Bosch di pinggir Den Haag selepas menerima pelbagai ancaman sejak beberapa minggu lalu, lapor Sputnik.

"Puteri Amalia tidak dibenarkan keluar dari istana kerana ia boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap kehidupannya,” titah Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima dalam sidang media, seperti dipetik akhbar Belanda NL Times.

Sidang media itu berlangsung semasa lawatan baginda berdua ke Sweden.

Media lain melaporkan bahawa Puteri Amalia terus mengikuti sesi pembelajaran di universiti itu yang jaraknya lebih 50 kilometer (31 batu) dari istana. - Bernama

Artikel Berkaitan: