Rusia tembak jatuh dua dron di Moscow

Pasukan pertahanan udara Rusia menembak jatuh dua dron tempur yang dalam perjalanan ke ibu negara Rusia. Foto hiasan 123RF
Pasukan pertahanan udara Rusia menembak jatuh dua dron tempur yang dalam perjalanan ke ibu negara Rusia. Foto hiasan 123RF
A
A
A

MOSCOW - Pasukan pertahanan udara Rusia menembak jatuh dua dron tempur yang dalam perjalanan ke ibu negara Rusia, lapor Sputnik memetik Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin pada Selasa.

"Pertahanan udara menembak jatuh dua dron tempur. Satu di wilayah Krasnogorsk, satu lagi di wilayah Chastsy. Perkhidmatan khas dikerahkan ke tempat kejadian," kata Sobyanin di Telegram.

Pada masa sama, Kementerian Pertahanan Rusia berkata, dua lagi dron berjaya dimusnahkan sistem peperangan elektronik di wilayah Bryansk Rusia.

Kementerian itu menambah tiada individu yang cedera akibat nahas dron itu.

Ukraine melancarkan serangan menggunakan dron ke wilayah Rusia hampir setiap hari sejak Kyiv melancarkan serangan balas pada awal Jun.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jumaat berkata pihaknya tidak mahu serangan dron itu menyasarkan sebarang infrastruktur awam. - Bernama

Artikel Berkaitan: