Pemimpin jaga amanah, elak rasuah

Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan yang berbangkit dalam masyarakat kita. Foto hiasan
Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan yang berbangkit dalam masyarakat kita. Foto hiasan
A
A
A

IPOH - Individu yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin wajib memiliki sifat ikhlas menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta memiliki kekuatan untuk menjauhkan diri daripada perbuatan penyelewengan dan sogokan rasuah.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam khutbah Jumaat memberitahu, pemimpin perlu berwaspada dengan pengaruh yang boleh merosakkan melalui hasutan dan bisikan kaum kerabat serta rakan-rakan termasuk pembantu-pembantu di sekeliling.

"Hari ini semakin ramai umnah yang terlupa bahawa jawatan ialah amanah Ilahi, negara organisasi dan dari sesama umat manusia.

"Semakin ramai ummah yang melihat jawatan sebagai kedudukan untuk kepentingan diri, keluarga dan kepentingan kroni lalu mengalpakan tanggungjawab yang sepatutnya dipenuhi.

"Insaflah, setiap jawatan ialah amanah yang dikembalikan dengan tanggungjawab," jelas inti pati khutbah berkenaan.

Khutbah Jumaat bertajuk 'Amanah dan Kepimpinan' mengingatkan supaya memberi keutamaan menjaga amanah dengan tidak mengkhianati ALLAH dan Rasul Nya.

Dalam hal itu katanya, pemimpin adalah orang yang telah diberikan tanggungjawab berat yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH SWT.

"Jika berjaya disempurnakan dengan amanah, akan dianugerahkan ganjaran pahala amat besar.

Artikel Berkaitan:

"Pemimpin wajib memiliki, menghayati dan mengamalkan sifat amanah serta menghindarkan diri daripada melakukan pecah amanah.

"Pemimpin hendaklah dipilih dan jawatan hendaklah diserahkan kepada orang yang memiliki sifat amanah.

"Menyerahkan kuasa dan jawatan kepada orang yang tidak beramanah laksana menyerahkan kambing untuk dijaga oleh serigala," katanya.

Khutbah berkenaan dibacakan di semua masjid dan surau diri Jumaat di Perak.