Pahang negeri pertama guna sistem e-Ladang

Mohd Sharkar ketika menjawab pernyataan Datuk Mohd Fadil Osman (BN- Kemayan) berkenaan tujuan sistem e-Ladang dibangunkan dan manfaatnya serta jenis maklumat yang dikumpulkan melalui sistem ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini pada Khamis.
Mohd Sharkar ketika menjawab pernyataan Datuk Mohd Fadil Osman (BN- Kemayan) berkenaan tujuan sistem e-Ladang dibangunkan dan manfaatnya serta jenis maklumat yang dikumpulkan melalui sistem ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Pahang merupakan negeri pertama menggunakan Sistem Pengkalan Data Perladangan (e-Ladang) bagi memudahkan carian maklumat berkenaan sektor berkenaan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, sistem e-Ladang sudah diperakui oleh pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

"Kita sebenarnya negeri pertama yang melancarkan sistem pengkalan data e-Ladang dan perkara ini sebenarnya diakui MPOB.

"Ia bertujuan untuk mengetahui lokasi, keluasan ladang, jumlah pekerja perumahan dan lain-lain di ladang tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pernyataan Datuk Mohd Fadil Osman (BN- Kemayan) berkenaan tujuan sistem e-Ladang dibangunkan dan manfaatnya serta jenis maklumat yang dikumpulkan melalui sistem ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini pada Khamis.

Mohd Sharkar menjelaskan, sistem ini membantu kerajaan Pahang untuk merangka dan merancang dasar sektor perladangan dan membantu menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

"Selain itu, ia memudahkan capaian maklumat perladangan mengikut jenis tanaman; dan memudahkan urusan pemantauan dan penyediaan laporan dapat dibuat dengan cepat dan sistematik," katanya beliau.

Sementara itu, Mohd Sharkar memaklumkan menerusi data tersebut, kerajaan Pahang dapat merangka dasar dan program yang sesuai bagi memajukan lagi sektor perladangan.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 10 jenis komoditi dilaporkan dalam sistem e-Ladang melibatkan tujuh jabatan dan agensi yang bertanggungjawab," katanya.